Monday, 2 April 2012

TANDA-TANDA PESAKIT MENGHIDAP SAKIT BUAH PINGGANG DAN KENCING MANIS


     
(BUAH PINGGANG DI SEBELAH KIRI ADALAH BUAH PINGGANG YANG BERMASALAH)


Kencing manis atau diabetes adalah satu sindrom atau penyakit akibat dari kekurangan atau hilangnya keberkesanan hormone insulin...
2 jenis utama diabetes ialah ; 

-    Kencing manis jenis 1:
Kencing manis yang bergantung kepada insulin. Biasanya ia terjadi dikalangan kanak-kanak atau remaja.. Hanya boleh dikawal dengan suntikan insulin, kawalan pemakanan dan senaman.
-    Kencing manis jenis 2:
Diabetes yang tanpa bergantung kepad insulin. Ianya selalu berlaku di kalangan orang dewasa (35 tahun ke atas) dan individu yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Kencing manis jenis 2 ini boleh dikawal dengan kawalan pemakanan dan senaman atau gabungan pemakanan, senaman dan ubatan. Kebiasaanya, penghidap kencing manis ini mempunyai sejarah keluarga yang menghidap kencing manis. Sebagai contoh, jika ibu, bapa, datuk atau nenek menghidapi penyakit kencing manis, kebarangkalian anak-anak dan cucu-cucu mereka juga akan menghidapi kencing manis adalah tinggi.

KENCING MANIS DI SEBABKAN OLEH :

* Pankreas keracunan atau rosak
* Pankreas tidak mampu mengeluarkan insulin yang secukupnya bagi menukarkan gula yang berlebihan kepada tenaga (glukos)




TANDA - TANDA SAKIT BUAH PINGGANG :

1. Bengkak Badan

Mengalami bengkak air yang teruk dan rasa sakit pada pinggang, kaki dan bahagian dalam tumit kaki.


2. Demam

Mengalami demam yang berulang. Contohnya - anda demam beberapa kali dalam seminggu.


3. Gatal-gatal Badan

Sekiranya seluruh badan anda mengalami gatal-gatal, ia menandakan badan anda banyak toksin.


4. Hilang Selera Makan

Selera anda hilang secara tiba-tiba. Bila makan, terasa macam nak muntah. Kesannya, anda akan mengalami penurunan berat badan secara tiba-tiba.


5. Kerap Buang Air Kecil

Kerap buang air kecil(kencing) di waktu malam. Tapi setiap kali kencing, hanya sedikit saja yang keluar.


6. Mudah Letih

Anda akan berasa mudah letih berbanding sebelum ini. Kalau selalu anda boleh melakukan aktiviti lasak tanpa masalah, tapi kini prestasi anda dah tak seperti biasa.


7. Sakit Kepala

Anda sering sakit kepala yang berpunca daripada tekanan darah tinggi.


8. Sakit Pinggang


Sakit Pinggang


Anda terasa macam menyucuk-nyucuk dan sakit di bahagian pinggang. Rasa sakit pada bahagian dalam dan bukan pada tulang.

Ada sesetengah anda ia datang sekali-sekala dan sesetengah yang lain pula merasainya secara berterusan.



* Semua ini ada ubatnya..... Insya'Allah.. nantikan dalam keluaran akan datang.....





No comments:

Post a Comment

S
E
C
R
U
O
S
E
R
M
K
Q